Unsur Feminisme Dalam Peribahasa Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisitif

Read full text
Authors: Julaina Binti Nopiah, Nurhuda Maisarah Azhan
Cited by: 0

Abstract

ABSTRAK Dalam arus modenisasi bahasa, penggunaan peribahasa Melayu kini semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat masa kini. Peribahasa merupakan susunan kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu dan biasanya merujuk kepada maksud yang tersirat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan unsur feminisme yang terdapat dalam peribahasa Melayu berdasarkan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) dan Rangka Rujuk Silang (RRS). Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif. Data kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu gemar menggunakan objek tertentu seperti bulan, bunga, nama burung serta perigi bagi merujuk kepada perempuan dalam peribahasa. Justeru, sebanyak empat objek peribahasa yang difokuskan dalam kajian ini, iaitu bulan, murai, merpati dan perigi. Hasil kajian mendapati objek peribahasa seperti bulan merujuk kepada keterampilan, murai dan merpati merujuk kepada tingkah laku, manakala perigi merujuk kepada fitrah. Hakikatnya, setiap objek perlambangan yang dipilih dalam kajian ini mempunyai falsafah dan akal budi yang tersendiri. Falsafah dan akal budi tersebut terjelma melalui makna yang tersembunyi di sebalik unsur feminisme yang digunakan dalam pelbagai aspek seperti sifat, peristiwa dan objek yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Unsur-unsur ini bukan sahaja mencerminkan pandangan budaya terhadap peranan dan nilai wanita, tetapi turut membentuk cara orang Melayu berfikir, menilai, dan menyesuaikan diri dengan norma sosial yang diwarisi. Dalam konteks ilmu semantik, penzahiran ini membuktikan bahawa peribahasa bukan sekadar ungkapan linguistik, sebaliknya merupakan sistem pengetahuan budaya yang kompleks, yang membolehkan makna dikonstruk secara berlapis menerusi perlambangan dan pengetahuan kolektif. Kata kunci: Semantik Inkuisitif, feminisme, peribahasa, akal budi, masyarakat Melayu ABSTRACT In the wave of language modernization, the use of Malay proverbs has been gradually declining among contemporary society. Proverbs are arrangements of words or sentences that carry specific meanings, often referring to implied meanings. The study aims to identify and analyze the use of feminist elements in Malay proverbs using the Inquisitive Semantics (SI) and Cross-Referencing Frameworks (RRS) approaches. The research `conducted is qualitative in nature. Data from the study indicate that Malay society often uses specific object such as the moon, flowers, bird names, and wells to refer to women in proverbs. Therefore, four proverbial objects are focused on in this study: the moon, magpie, dove, and well. The study found that proverbial objects such as the moon refer to skills, magpies and doves refer to behavior, while wells refer to nature. In essence, each chosen symbolic object in this study has its own philosophy and wisdom. The philosophy and wisdom of the Malay people are manifested through the hidden meanings behind feminist elements expressed in various aspects such as traits, events, and objects closely tied to their daily lives. These elements not only reflect the cultural views on the role and value of women, but also shape the way Malays think, evaluate, and adapt to inherited social norms. From a semantic perspective, this expression demonstrates that proverbs are not merely linguistic utterances, but rather a complex system of cultural knowledge that allows meaning to be constructed in layered ways through symbolism and collective cognition. Keywords: Semantic Inquisitive, feminism, proverbs, common sense, Malay society

Fields of Study & Subjects

Gender Studies in Language Linguistic Cultural and Literary Studies Language Metaphor and Cognition

Publication details

Journal / source
Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu
Volume
14
Issue
1
Publication date
1 January 2026
Language
MS