Legenda, Ketaksamaan Gender dan Politik Warisan di Malaysia dalam Kisah Mahsuri sebagai Sastera Rakyat yang Hidup
Abstract
Kisah Mahsuri merupakan salah satu legenda terpenting dalam sastera rakyat Kedah yang berakar daripada tradisi lisan Langkawi. Walaupun sering ditanggap sebagai cerita moral mengenai fitnah, kesucian dan sumpahan, naratif ini telah melalui proses perubahan yang menjadikannya sebahagian daripada wacana budaya dan warisan negara moden. Permasalahan utama kajian ini ialah kecenderungan penyelidikan terdahulu yang mengekalkan pembacaan deskriptif terhadap Mahsuri tanpa menelusuri peranan legenda ini dalam pembentukan identiti, pelaksanaan warisan, serta kedudukan wanita dalam kerangka kuasa pascakolonial. Objektif kajian ini adalah untuk menilai transformasi Mahsuri daripada tradisi lisan kepada naratif negara, meneliti peranan tubuh wanita dalam pembentukan ingatan budaya, serta menganalisis fungsi institusi warisan dalam memaknai semula legenda ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi analisis kepustakaan kritikal terhadap teks sastera rakyat, sumber kolonial dan penulisan akademik, serta pemerhatian lapangan di Kota Mahsuri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa legenda Mahsuri telah diinstitusikan melalui tapak warisan, dimanfaatkan dalam industri pelancongan, dan disusun semula mengikut keperluan politik budaya negara. Selain itu, naratif penderitaan Mahsuri memperlihatkan pengukuhan peranan wanita sebagai simbol moral dan identiti, namun terus membataskan suara wanita dalam struktur sosial dan warisan. Kajian ini menyumbang kepada pengayaan analisis sastera rakyat Melayu dengan menekankan kepentingan pembacaan kritikal terhadap hubungan antara memori, warisan, gender dan kuasa dalam konteks Malaysia pascakolonial.
Fields of Study & Subjects
Folklore
Mythology
and Literature Studies
Linguistic
Cultural
and Literary Studies
Cultural Identity and Heritage
Publication details
- Journal / source
- Melayu Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
- Volume
- 19
- Issue
- 1
- Pages
- 1–1
- Publication date
- 31 January 2026
- Language
- MS