Tarian Togok: Analisis Ragam Gerak dalam Joget Gamelan Melayu

Read full text
Authors: Mohamad Yunos Arham
Cited by: 0
References: 1

Abstract

Tarian Togok merupakan salah satu repertoir Joget Gamelan Melayu yang mempunyai nilai estetika dan sejarah yang tinggi dalam warisan kesenian istana Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, mendeskripsi dan menganalisis ragam gerak yang membentuk komposisi tarian Togok oleh kumpulan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) dengan menggunakan pendekatan teori koreografi sebagai kerangka analisis. Melalui pendekatan kualitatif deskriptif, kajian ini menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa tarian Togok terdiri daripada dua kategori utama aksi gerak, iaitu aksi gerak dasar dan aksi ragam inti cerita. Ragam-ragam tersebut dirangkai dengan cermat menurut prinsip-prinsip koreografi yang mencakupi kesinambungan, variasi, pengulangan, peralihan, perbandingan, klimaks dan keutuhan. Hasil dokumentasi visual bersama-sama penerangan deskriptif terhadap setiap ragam gerak ini diharapkan dapat berfungsi sebagai panduan pembelajaran dan rujukan akademik bagi para penggiat seni tari Melayu serta peneliti seni persembahan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga menyumbang kepada usaha pelestarian warisan budaya tidak ketara, iaitu Joget Gamelan Melayu dalam konteks perkembangan seni persembahan kontemporari. Implikasi kajian ini mencakupi aspek pendokumentasian, pendidikan seni dan pemeliharaan identiti budaya Melayu bagi generasi masa hadapan.

Fields of Study & Subjects

Cultural and Artistic Studies Arts and Performance Studies Diversity and Impact of Dance

Publication details

Journal / source
Melayu Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
Volume
19
Issue
1
Pages
31–31
Publication date
31 January 2026
Language
ID