Bandingan Penyair Yahya M.S dan Suhaimi Haji Muhammad: Hablun Minallah dalam Berdakwah

Read full text
Authors: Syahwal Nizam Haji Yani, Maslin Jukim/Jukin
Cited by: 0

Abstract

Yahya M.S. merupakan penyair prolifik agamawan Brunei yang banyak menghasilkan puisi dan mengemukan pelbagai isu yang universal. Di Malaysia, penyair prolifik agamawan yang boleh dipadankan ialah Suhaimi Haji Muhammad. Pada awal pelibatan, kedua-dua penyair tersebut memang terkenal dengan sajak-sajak abstrak. Kemudian, kedua-dua penyair memberikan keterbukaan kepada khalayaknya. Walau bagaimanapun, Suhaimi Haji Muhammad masih kental dengan gaya bahasanya yang sukar difahami. Di sebalik gaya penyairan yang tinggi, kedua-dua penyair ini juga aktif mengemukakan tema keagamaan. Ternyata, Yahya M.S dan Suhaimi Haji Muhammad menggunakan wacana sastera ini sebagai wadah untuk berdakwah. Dakwah yang disampaikan secara tidak langsung mencerminkan hablun minallah (hubungan dengan Allah) dan hablun minannas (hubungan sesama manusia). Walau bagaimanapun, kajian ini berfokuskan kepada puisi-puisi yang bertemakan hablun minallah. Oleh itu, kajian ini akan membandingkan puisi-puisi Yahya M.S. dan Suhaimi Haji Muhammad untuk mengupas gaya penyairan masing-masing dalam berdakwah. Sungguhpun kedua-dua penyair telah memberikan keterbukaan kepada khalayak dalam memahami puisi yang dihasilkan, namun Suhaimi Haji Muhammad masih kental dengan gaya bahasanya yang sukar difahami.

Fields of Study & Subjects

Linguistic Cultural and Literary Studies Poetry Analysis and Criticism Comparative Literary Analysis and Criticism

Publication details

Journal / source
Melayu Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
Volume
19
Issue
1
Pages
59–59
Publication date
31 January 2026
Language
MS