Kearifan Simbol Adat Beburung dalam Puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang: Analisis Berlandaskan Teori Semiotik Charles Sander Peirce

Read full text
Authors: Bejamin Anak Liam, Rosliah Kiting
Cited by: 0
References: 1

Abstract

Masyarakat Iban membentuk budaya mereka dengan mewarisi adat daripada generasi terdahulu. Penggunaan pelbagai simbol sebagai wahana warisan budaya seperti terjemahan adat beburung melalui puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang. Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis simbol adat beburung dalam puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang dalam masyarakat Iban. Puisi ini sangat kaya dengan simbol, tanda, nilai dan etika pemilik budaya. Namun, kegagalan memahami makna tersurat dan tersirat simbol budaya memberikan kesan kepada kelangsungan daya tahan puisi untuk diamalkan. Pendekatan kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian lapangan menggunakan kaedah temu bual semi-struktur terhadap informan, iaitu lemambang. Instrumen kajian ialah protokol temu bual semi-struktur dan transkrip puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang. Perbandingan data yang telah dianalisis menggunakan kajian kepustakaan. Model Bogdan dan Biklen (2007) digunakan dalam menganalisis data, manakala pencarian tema menggunakan analisis Model Braun & Clarke (2006). Dapatan kajian menemukan terjemahan adat beburung signifikan kepada tujuh jenis burung, iaitu ketupung, beragai, bejampung, nendak, pangkas, embuas dan kelabu papau. Penemuan tujuh jenis burung telah dianalisis secara terperinci menggunakan Teori Semiotik Charles Sander Peirce. Implikasi kajian ini dapat memberikan kefahaman mendalam kepada orang Iban yang sekali gus menjadi agen penyampai budaya, khususnya dalam pelestarian puisi tradisional.

Fields of Study & Subjects

Semiotics and Representation Studies Folklore Mythology and Literature Studies Cultural and Artistic Studies

Publication details

Journal / source
Melayu Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
Volume
19
Issue
1
Pages
169–169
Publication date
31 January 2026
Language
MS