Peralihan Bahasa Pribumi dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG), di Daerah Kota Kinabalu Berdasarkan EGIDS
Abstract
Kajian ini meneliti fenomena peralihan bahasa dalam kalangan pelajar pribumi di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan menggunakan teori peralihan bahasa oleh Fishman (1991) dan diukur dengan menggunakan kerangka EGIDS (Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale). Kajian ini, Berdasarkan reka bentuk kaedah campuran dengan pendekatan urutan penerokaan (sequential exploratory), reka bentuk urutan penerokaan dimulakan dengan kajian kualitatif menggunakan pemerhatian turut serta dan rakaman tidak sedar terlebih dahulu dan diikuti oleh kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mengukuhkan dapatan kajian. Dalam kajian ini pengkaji telah mengenal pasti pola penggunaan bahasa serta tahap ancaman kepupusan bahasa melalui instrumen pemerhatian, rakaman tidak sedar, dan soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa bahasa etnik semakin kurang digunakan oleh generasi muda dan hanya bertahan dalam domain adat dan kekeluargaan. Kajian ini mencadangkan intervensi linguistik melalui pendidikan dan dokumentasi bagi mengelakkan bahasa tersebut daripada pupus.
Fields of Study & Subjects
Linguistic and Sociocultural Studies
Multilingual Education and Policy
Language and Culture
Publication details
- Journal / source
- EDUCATUM Journal of Social Sciences
- Pages
- 88–88
- Publication date
- 20 January 2026