Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Modul Numerasi untuk Murid Bekeperluan Khas: Satu Analisis Keperluan

Read full text
Authors: Faiqah Mohammad Fauzi
Cited by: 0
References: 11

Abstract

Kemahiran numerasi memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif murid, termasuk murid berkeperluan khas (MBPK). Walau bagaimanapun, mereka sering menghadapi cabaran dalam menguasai konsep nombor dan operasi asas, yang boleh memberi kesan terhadap pencapaian akademik serta kehidupan harian mereka. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang lebih interaktif dan menggunakan alat bantu seperti Pop It semakin mendapat perhatian dalam pendidikan khas. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah numerasi Pop It dalam meningkatkan pemahaman Matematik dalam kalangan MBPK. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini melalui soal selidik yang diedarkan kepada 100 orang guru pendidikan khas. Hasil analisis menunjukkan bahawa min keseluruhan adalah 4.44, yang mencerminkan tahap persetujuan yang tinggi terhadap keberkesanan kaedah ini. Item dengan min tertinggi ialah “Kaedah numerasi Pop It membantu MBPK memahami konsep asas Matematik” (min = 4.6). Selain itu, nilai korelasi (>0.75) menunjukkan hubungan positif antara keberkesanan Pop It dengan motivasi serta pemahaman murid. Kesimpulannya, guru secara keseluruhan bersetuju bahawa kaedah Pop It berkesan dalam meningkatkan pemahaman Matematik MBPK, di samping menjadikan pembelajaran lebih mudah dan menyeronokkan. Kajian ini mencadangkan agar kaedah ini diperluaskan dalam pendidikan khas dengan sokongan latihan yang mencukupi kepada guru bagi memastikan penggunaannya lebih efektif.

Fields of Study & Subjects

Cognitive and developmental aspects of mathematical skills Mathematics Education and Teaching Techniques Mathematics Education and Pedagogy

Publication details

Journal / source
EDUCATUM Journal of Social Sciences
Volume
12
Issue
SPECIAL ISSUE
Pages
145–145
Publication date
20 January 2026