Reka Bentuk Modul Silabifikasi Bacaan Bahasa Melayu Asas bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Murid-Murid

Read full text
Authors: Mohamad Rozi Kasim
Cited by: 1
References: 5

Abstract

Kajian ini tentang reka bentuk modul silabifikasi (suku kata) bahasa Melayu asas sebagai bahan pengajaran untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan proses pengumpulan data dan analisis data. Proses pengumpulan data ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Manakala, analisis data pula melibatkan reka bentuk modul silabifikasi bacaan bahasa Melayu dan teknik pengejaan yang mengaplikasikan teori pengsukukataan bahasa Melayu. Teori pengsukukataan bahasa Melayu ini dipetik dan diubah suai daripada teori pengsukukataan. Penggunaan teori pengsukukataan bahasa Melayu bagi memastikan reka bentuk modul bacaan ini mematuhi rumus bahasa Melayu yang mempunyai empat bentuk asas suku kata yang utama, iaitu V (suku kata terbuka), KV (suku kata terbuka), VK (suku kata tertutup) dan KVK (suku kata tertutup). Hasil kajian ini terhasilnya modul silabifikasi bacaan bahasa Melayu yang mengandungi 36 pelajaran. Bukan itu sahaja, kajian ini juga turut menghasilkan teknik pengejaan bagi modul silabifikasi tersebut, iaitu teknik pengejaaan 3 Depan 1 Belakang (3D1B). Teknik pengejaan ini dijangka memudahkan pengguna modul silabifikasi ini untuk mengaplikasikan modul tersebut dengan sebaiknya semasa mengajar murid-murid membaca bahasa Melayu. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh semua pihak serta sekaligus meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. This study is about the design of a basic Malay syllabification module as a teaching material to overcome reading problems among students in schools. This study uses a qualitative method that involves the process of data collection and data analysis. This data collection process is carried out using the literature method. Meanwhile, data analysis involves the design of a Malay reading syllabification module and spelling techniques that apply the theory of Malay syllabification. This theory of Malay syllabification is quoted and modified from the theory of syllabification. The use of the theory of Malay syllabification to ensure that the design of this reading module complies with the formula of the Malay language which has four main basic syllable forms, namely V (open syllable), CV (open syllable), VC (closed syllable) and CVC (closed syllable). The result of this study is the production of a Malay reading syllabification module containing 36 lessons. Not only that, this study also produces a spelling technique for the syllabification module, namely the 3 Front 1 Back (3D1B) spelling technique. This spelling technique is expected to make it easier for users of this syllabification module to apply the module effectively when teaching students to read Malay. Therefore, it is hoped that this study can be used and benefited by all parties and at the same time increase the level of mastery of reading skills among students in schools.

Fields of Study & Subjects

Educational Methods and Technology Education and Islamic Studies Linguistic Cultural and Literary Studies

Publication details

Journal / source
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
Publisher
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Volume
15
Issue
1
Pages
22–22
Publication date
11 March 2026