Pengaplikasian Powtoon dalam Pengajaran dan Pembelajaran Persoalan dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Read full text
Authors: Nurul Erma Elyana Razali, Rohayati Junaidi
Cited by: 1
References: 18

Abstract

Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) semakin diiktiraf sebagai pendekatan berkesan dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan dalam PdP serta meneroka keberkesanan aplikasi Powtoon dalam pengajaran aspek persoalan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian lapangan, melibatkan temu bual berstruktur dan pemerhatian berasaskan senarai semak yang berpandukan Teori Kognitif. Dapatan kajian mengenal pasti beberapa permasalahan utama dalam pengajaran novel, iaitu perbezaan tahap pemahaman pelajar, kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai serta tahap minat membaca yang rendah. Walau bagaimanapun, pengaplikasian Powtoon didapati memberi impak positif terhadap PdP dengan meningkatkan tumpuan, penglibatan dan kefahaman pelajar terhadap persoalan dalam novel melalui penggunaan elemen visual dan animasi. Kesimpulannya, integrasi Powtoon sebagai bahan bantu mengajar berasaskan multimedia berupaya menyokong pembelajaran bermakna dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap aspek persoalan dalam karya sastera. Implikasi kajian menegaskan keperluan guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif untuk mengintegrasikan teknologi digital secara strategik bagi memperkukuh keberkesanan pengajaran sastera.

Fields of Study & Subjects

Linguistic Cultural and Literary Studies Educational Methods and Technology Education and Islamic Studies

Publication details

Journal / source
Jurnal Peradaban Melayu
Publisher
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pages
1–1
Publication date
20 June 2026