Keberkesanan Pendekatan Didik Hibur terhadap Penguasaan Simpulan Bahasa dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah
Abstract
Objektif kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran dengan kaedah kuasi eksperimen berbentuk inferensi serta pemerhatian bukan peserta. Responden kajian ini dipilih melalui pensampelan mudah yang terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah sekolah di Klang, Selangor. Dua set ujian simpulan bahasa, iaitu praujian dan pascaujian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Ujian ini terdiri daripada 50 soalan simpulan bahasa dalam format objektif dan subjektif. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi, khususnya ujian-t dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Sciences versi 27. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor min pascaujian antara kumpulan kawalan (m=58.3) dan kumpulan rawatan (m=80.0). Pencapaian pascaujian kumpulan rawatan yang menjalani PdPc melalui pendekatan didik hibur lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Nilai signifikan (t=-6.782, p
Fields of Study & Subjects
Educational Methods and Technology
Education and Islamic Studies
Education and Vocational Training
Publication details
- Journal / source
- Pendeta Journal of Malay Language Education and Literature
- Publisher
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Volume
- 17
- Issue
- 1
- Pages
- 11–11
- Publication date
- 13 April 2026