Menilai Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Gamifikasi Sight Reading Berasaskan Kansei Terhadap Motivasi Pembelajaran Pembacaan Notasi Muzik

Read full text
Authors: Jessellah Samat, Christina Andin, Aslina Baharum
Cited by: 0

Abstract

Pembacaan notasi muzik (sight reading) merupakan kemahiran asas dalam pembelajaran muzik; namun, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menguasainya disebabkan tahap motivasi yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aplikasi Gamifikasi Sight Reading berasaskan Kansei terhadap motivasi pelajar Tingkatan 3 dalam pembelajaran pembacaan notasi muzik. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan dengan melibatkan dua kumpulan: kumpulan eksperimen (n = 20) yang menggunakan aplikasi Space Note dan kumpulan kawalan (n = 20) yang mengikuti pengajaran konvensional. Intervensi dijalankan selama dua (2) minggu, dan tahap motivasi diukur menggunakan soal selidik yang telah disahkan sebelum dan selepas intervensi. Analisis data menggunakan ujian t berpasangan dan ujian t bebas menunjukkan peningkatan motivasi yang signifikan dalam kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan (p < 0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa pengintegrasian elemen gamifikasi dan Kansei dalam pembelajaran sight reading dapat meningkatkan motivasi pelajar secara berkesan, sekaligus menawarkan pendekatan yang lebih interaktif dan menarik dalam pendidikan muzik.

Fields of Study & Subjects

Educational Games and Gamification Diverse Music Education Insights Music Technology and Sound Studies

Publication details

Journal / source
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Volume
11
Issue
1
Pages
e003790–e003790
Publication date
30 January 2026
Language
ID