Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah

Read full text
Authors: Mohd Alif Naqiuddin Bin Romeli, Roslee Talip, Daraini Oyot
Cited by: 0
References: 11

Abstract

Kajian ini berhasrat untuk meninjau tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah-sekolah di dalam salah satu daerah di kawasan Pantai Barat Utara Sabah. Seramai 111 orang guru telah terlibat untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan, dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang telah diadaptasi daripada pengkaji lepas. Statistik deskriptif dan telah digunakan termasuk kekerapan, skor min serta sisihan piawai. Program Statistical Package for Social Science, atau SPSS, versi 30 digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Hasil analisis menunjukkan kepimpinan transformasional diamalkan pada tahap yang tinggi di sekolah-sekolah TS25. Selain itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa ke empat-empat dimensi amalan kepimpinan transformasional iaitu, motivasi berinspirasi, pertimbangan individu, pengaruh ideal dan rangsangan intelektual dipersepsikan pada tahap yang tinggi oleh para responden kajian. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara amalan kepimpinan transformasional dengan lokasi sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan kepentingan membudayakan etika kepimpinan bersifat transformatif bagi mendukung hasrat kerajaan untuk membangunkan perubahan mendasar dalam sistem pendidikan negara ini. Tuntasnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu menunaikan tanggungjawab dengan menyediakan latihan berterusan bertujuan untuk memastikan kualiti kepemimpinan guru besar dapat dipertingkatkan.

Fields of Study & Subjects

School Leadership and Teacher Performance Education and Teacher Training Educational Leadership and Practices

Publication details

Journal / source
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Volume
11
Issue
2
Pages
e003784–e003784
Publication date
27 February 2026
Language
MS