Penggunaan Media Digital dalam Pembelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Read full text
Authors: Revadhi Shumugam, Mohd Mahzan Awang
Cited by: 0

Abstract

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid sekolah menengah. Media digital sebagai medium pembelajaran kontemporari yang digemari generasi Z dan Alpha, berpotensi dimanfaatkan secara strategik bagi memperkukuh penguasaan KPS. Mata pelajaran Sejarah tidak dapat dipisahkan daripada KPS kerana elemen-elemen KPS membina kefahaman mendalam serta memupuk pemikiran kritis murid. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan media digital dalam pembelajaran Sejarah dengan penguasaan KPS. Kajian ini menilai penggunaan media digital berdasarkan kekerapan serta penguasaan KPS berdasarkan persepsi murid dengan melibatkan semua peringkat pendidikan menengah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan korelasi ini melibatkan 361 murid dari Tingkatan 1 hingga 5 di daerah Petaling Perdana, dengan data dikumpul melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media digital dan tahap penguasaan KPS adalah pada tahap sederhana, namun hubungan antara kedua-duanya adalah signifikan dan kuat. Tahap penggunaan penggunaan media digital yang sederhana menunjukkan integrasi teknologi digital dalam pembelajaran Sejarah masih belum diamalkan secara berterusan dan sistematik walaupun kemudahan peranti dan akses terhadap internet tinggi bagi responden kajian ini. Pengintegrasian media digital secara berkesan dalam pengajaran Sejarah yang berpotensi meningkatkan penguasaan KPS serta memperkukuh pemahaman Sejarah secara kritis dan holistik memerlukan perancangan pedagogi yang sistematik bagi guru-guru Sejarah.

Fields of Study & Subjects

Educator Training and Historical Pedagogy Education and Technology Integration Educational Technology and E-Learning

Publication details

Journal / source
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Volume
11
Issue
2
Pages
e003793–e003793
Publication date
28 February 2026
Language
ID