Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Interaktif dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah

Read full text
Authors: Dharsini A/P Mani, Mohd Mahzan Awang
Cited by: 0
References: 6

Abstract

Pemanfaatan teknologi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat belajar murid, terutamanya dalam subjek Sejarah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan aplikasi pembelajaran interaktif, tahap minat belajar Sejarah, serta menganalisis hubungan antara penggunaan aplikasi pembelajaran interaktif dengan minat belajar Sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Petaling Jaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan melibatkan seramai 201 orang murid sebagai responden. Data dikumpulkan melalui set soal selidik berskala Likert lima mata yang direka untuk mengukur tahap penggunaan aplikasi pembelajaran interaktif dan minat belajar Sejarah. Analisis data dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan statistik korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi pembelajaran interaktif dan tahap minat belajar Sejarah berada pada tahap yang tinggi. Hubungan antara kedua-dua konstruk juga adalah positif dan signifikan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyediakan bukti empirikal bahawa penggunaan aplikasi pembelajaran interaktif berpotensi meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Sejarah dan wajar diterapkan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Fields of Study & Subjects

Educational Technology and E-Learning Education and Technology Integration Technology-Enhanced Education Studies

Publication details

Journal / source
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Volume
11
Issue
2
Pages
e003797–e003797
Publication date
26 February 2026
Language
ID