Hubungan Faktor Dalaman dan Luaran dengan Kemampuan Analisis Teks al-Quran: Satu Kajian Korelasi

Read full text
Authors: Radziah Ismail, Norfarhana Ahmad Ghafar, Muhammad Izuan Abd Gani, Siti Salma Wahiduddin
Cited by: 0
References: 8

Abstract

Kemampuan analisis teks al-Quran merupakan kompetensi teras dalam pembelajaran stilistik al-Quran, yang menuntut penguasaan struktur dan ciri linguistik secara sistematik merangkumi aspek literasi, morfologi, sintaks, retorik, leksikal dan fonologi. Walaupun pelbagai kajian meneliti penguasaan pembelajaran al-Quran, kemampuan analisis stilistik sering diperlakukan sebagai konstruk tunggal tanpa membezakan dimensi-dimensi linguistik yang terlibat. Selain itu, hubungan antara faktor pembelajaran dan kemampuan analisis secara multidimensi masih kurang dipetakan secara empirikal. Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara faktor pembelajaran dalaman dan luaran dengan kemampuan analisis teks al-Quran berdasarkan enam dimensi stilistik yang berbeza. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif deskriptif-korelasi menggunakan soal selidik berskala Likert yang dibangunkan untuk mengukur konstruk faktor pembelajaran dan dimensi kemampuan analisis. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenal pasti profil penguasaan setiap dimensi, manakala analisis korelasi Spearman’s rho digunakan untuk menilai kekuatan dan arah hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua faktor dalaman dan luaran mempunyai hubungan signifikan dengan kemampuan analisis teks al-Quran, namun faktor dalaman memperlihatkan kekuatan hubungan yang lebih konsisten merentasi kebanyakan dimensi stilistik. Corak ini menunjukkan bahawa penguasaan analisis tidak bersifat homogen, sebaliknya dipengaruhi secara berbeza oleh jenis faktor pembelajaran. Walaupun kajian ini tidak menguji hubungan kausal, dapatan korelasi memberikan asas empirikal awal untuk memahami pemodelan multidimensi kemampuan analisis stilistik serta implikasinya terhadap reka bentuk pedagogi di peringkat pengajian tinggi.

Fields of Study & Subjects

Arabic Language Education Studies Education and Islamic Studies Qur’anic Interpretation Studies

Publication details

Journal / source
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Volume
11
Issue
2
Pages
e003815–e003815
Publication date
24 February 2026
Language
ID