FEDERALISME ASIMETRI: SATU PERBANDINGAN TERHADAP SABAH DAN SEPANYOL DARI TAHUN 1963 HINGGA 2023.

Read full text
Authors: Mohd Asyraf Hamdan
Cited by: 0

Abstract

Abstrak Kajian ini akan mengkaji konsep federalisme asimetri dari tahun 1963 hingga 2023, dengan membuat perbandingan di antara Sabah (Malaysia) dengan Sepanyol. Kajian ini akan meneroka konteks perkembangan sejarah dan politik yang mempengaruhi pembentukan federalisme asimetri di kedua-dua entiti. Bahkan kajian ini juga akan meneliti pelaksanaan, menilai kejayaan dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua entiti. Pada masa yang sama, kajian juga memberikan lebih penekanan pada Sabah, dengan tujuan untuk memberikan pandangan tentang bagaimana federalisme asimetri telah mempengaruhi landskap politik dan ekonominya sambil membuat perbandingan dengan pengalaman Sepanyol untuk digunakan sebagai saranan dan pengajaran. Kajian menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua entiti telah mendapat manfaat daripada federalisme asimetri, cabaran terhadap rundingan politik, autonomi, dan pengiktirafan budaya terus mempengaruhi perkembangan federalisme asimetri mereka. Kajian ini diakhiri dengan menawarkan cadangan dasar untuk menambah baik amalan federalisme tidak asimetri, dengan tumpuan khusus pada perkembangan masa depan Sabah politik Sabah.

Fields of Study & Subjects

Political Systems and Governance Local Government Finance and Decentralization Commonwealth Australian Politics and Federalism

Publication details

Journal / source
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)
Volume
37
Issue
1
Pages
31–71
Publication date
30 January 2026