Hubungan Antara Penggunaan Bahan Animasi Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 3

Read full text
Authors: Lee Bih Ni Cynthia anak Nyerapong
Cited by: 0

Abstract

Journal of Education & Social Sciences, January 2026. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penggunaan bahan animasi dengan pencapaian pelajar tingkatan 3 dalam mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota Belud. Guru Sejarah sejak sekian lama telah mengamalkan pendekatan secara tradisional iaitu menggunakan buku teks sebagai sumber utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, penggunaan bahan animasi ini amat relevan untuk digunakan pada masa kini kerana kebanyakan generasi muda sangat tertarik dengan media yang berbentuk ilustrasi serta memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Hal ini amat selaras dengan dasar kerajaan yang ingin mendedahkan pelajar terhadap kemahiran teknologi sebagai salah satu keperluan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif iaitu bukan eksperimen dengan menggunakan borang soal selidik, tinjauan/pemerhatian dan analisis dokumen yang akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar tingkatan 3 menerima baik penggunaan bahan animasi dalam PdP Sejarah kerana bahan animasi merangsang mereka untuk terlibat secara aktif semasa proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahan animasi yang menarik dan kreatif mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari Sejarah dengan lebih berkesan. Kesimpulannya penggunaan bahan animasi dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah dengan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna. Jelaslah bahawa, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dengan adanya pengenalan pendekatan pengajaran yang lebih bercorak moden dan sesuai dengan kecenderungan generasi muda.

Fields of Study & Subjects

Education and Islamic Studies Educational Methods and Technology Linguistic Cultural and Literary Studies

Publication details

Journal / source
Zenodo (CERN European Organization for Nuclear Research)
Publication date
1 January 2026