Program BAH STEM DULU! 2026 Perkasa Pendidikan Luar Bandar di Sabah
Abstract
Program BAH STEM DULU! 2026, satu inisiatif kolaboratif antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berlangsung dari 23 Februari hingga 4 Mac 2026 dengan fokus memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah-sekolah luar bandar Sabah. Program yang digerakkan oleh Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), UMS itu menumpukan kepada pelaksanaan modul dan aktiviti STEM berasaskan projek. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan minat serta motivasi murid terhadap bidang STEM sebagai laluan masa depan yang berdaya saing. Pada masa sama, modul yang dibangunkan berasaskan kearifan tempatan dengan mengambil kira konteks sosio-budaya dan persekitaran Sabah agar pembelajaran lebih relevan dan kontekstual.
Fields of Study & Subjects
STEM Education
Science Education and Pedagogy
Indigenous and Place-Based Education
Publication details
- Journal / source
- Zenodo (CERN European Organization for Nuclear Research)
- Publication date
- 4 March 2026
- Language
- ID