Hubungan Literasi Digital Dengan Efikasi Kendiri, Media Sosial Dan Tingkah Laku Positif Pelajar Sekolah Menengah

Read full text
Authors: Nik Siti Nur Hafizah Nik Man, Azidah Abu Ziden, Eliza Mohd Rasid
Cited by: 1

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara literasi digital dengan efikasi kendiri, penggunaan media sosial serta tingkah laku positif dalam kalangan pelajar di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kuantitatif. Instrumen kajian berbentuk soal selidik skala likert lima mata yang diedarkan menggunakan Google Form. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah statistik bagi menentukan tahap pemboleh ubah serta hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara literasi digital dengan efikasi kendiri. Dapatan turut menunjukkan bahawa literasi digital mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan media sosial serta mendorong penggunaan media sosial secara lebih beretika dan bertanggungjawab. Seterusnya didapati bahawa tahap literasi digital yang baik menyumbang kepada pembentukan tingkah laku positif dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa literasi digital memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keyakinan diri, penggunaan media sosial secara bertanggungjawab serta pembentukan tingkah laku positif pelajar dalam era digital.

Fields of Study & Subjects

Educational Methods and Media Use Literacy Media and Education Islamic Finance and Communication

Publication details

Journal / source
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi
Publisher
Penerbit Universiti Islam Selangor
Volume
13
Issue
1
Pages
251–264
Publication date
30 April 2026