Trump 'pewaris' dalam empayar Amerika Syarikat
Abstract
“Perbarisan khas menuju neraka yang diketuai Firaun akan disertai ramai pemimpin zalim dunia zaman berzaman termasuk para presiden Amerika Syarikat.” Perarakan Firaun ke neraka tidak berlaku seorang diri, sebaliknya akan disertai kaum atau para pengikutnya dari berbagai zaman. Firman Allah: يَقْدُمُ قَوْمَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَوْرَدَهُمُ النَّارَ وَبِئْسَ الْوِرْدُ الْمَوْرُودُ (98) وَأُتْبِعُوا فِي هَذِهِ لَعْنَةً وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ بِئْسَ الرِّفْدُ الْمَرْفُودُ (99) Ertinya: Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah dia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka. Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan (Hud 11:98-99). Para pengikut dan pewaris Firaun akan muncul dari berbagai zaman sehingga hari kiamat. Hal ini kerana Allah merekodkan kisah kejahatan Firaun sebagai panduan kekal kepada semua pemimpin dunia agar berhemah apabila diberikan kuasa. Anda tidak selamanya mampu menongkat langit dengan secebis kuasa yang diberi. Firaun Nabi Musa sudah mati dibenam laut, namun genetik atau “ilmu puaka” warisannya dibawa Iblis merentas zaman lalu dipetik oleh ramai diktaktor dunia. Pendek kata saya boleh katakan Firaun ialah mahaguru semua pemerintah yang zalim termasuk para presiden Amerika Syarikat seperti Donald Trump dan George W. Bush.
Fields of Study & Subjects
Qur’anic Interpretation Studies
Islamic Thought and Society Studies
Islamic Studies and History
Publication details
- Journal / source
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Publication date
- 9 January 2026
- Language
- MS