Jom cari kerja!
Abstract
Jom Cari Kerja ialah sebuah buku panduan yang amat berfaedah kepada pencari kerja khususnya lepasan sekolah dan graduan. Secara kebiasaannya, lepasan sekolah, iaitu mereka yang baru tamat peperiksaan SPM dan STPM serta tercari-cari pekerjaan, tentu memerlukan suatu panduan lengkap bagi memohon pekerjaan. Begitu juga dengan para graduan sama ada mereka yang telah menamatkan pengajian pada peringkat sijil, diploma atau ijazah. Kedua-dua golongan ini biasanya amat memerlukan suatu panduan yang boleh membimbing mereka daripada mula memohon pekerjaan, menghadiri temu duga dan memulakan pekerjaan. Oleh yang demikian, buku Jom Cari Kerja! amat bertepatan dengan keperluan lepasan sekolah dan para graduan sebelum mereka memulakan kerjaya masing-masing. Buku Jom Cari Kerja! ini dilengkapi gambar-gambar, rajah dan jadual yang jelas serta tepat bagi panduan lepasan sekolah dan para graduan. Semua paparan di dalam buku ini dapat membantu lepasan sekolah dan para graduan daripada peringkat awal mereka ingin memohon pekerjaan, persiapan menghadapi temu duga dan seterusnya tatacara ketika menghadiri temu duga. Sehubungan itu,buku kecil ini mengandungi 8 bab, iaitu Bab 1: Kenali Dunia Pekerjaan; Bab 2: Kenali Diri; Bab 3: Persediaan Sebelum Mencari Pekerjaan;Bab 4: Strategi Mencari Pekerjaan; Bab 5: Strategi Memohon Pekerjaan; Bab 6:Tips Persediaan Menghadiri Temu Duga; Bab 7: Tips Semasa Temu Duga; Bab 8:Pasca Temu Duga; dan Bab 9: Kemahiran Insaniah untuk Keperluan Industri. Semoga buku ini bermanfaat untuk semua pencari kerja!.
Fields of Study & Subjects
Higher Education and Employability
Education and Labor Relations
Employer Branding and e-HRM
Publication details
- Journal / source
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Publication date
- 7 January 2026
- Language
- MS
- Document type
- Book