Berbuka puasa, sahur: 8 tip pemakanan pada Ramadan
Abstract
Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh setiap individu Muslim yang telah baligh dan berfikiran waras ketika masuknya waktu berpuasa. Ramai umat Islam secara umum menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadan dan berlumba-lumbamengejar pahala dalam menyediakan juadah berbuka puasa mahupun sahur. Kegembiraan dan nikmat berkongsi atau membeli juadah berbuka puasa turut diraikan oleh masyarakatmajmuk di Malaysia tidak kira yang berbangsa Cina, India, Dayak, Iban, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain. Umumnya, berlaku kebanjiran pelbagai juadah berbuka puasa ketika Ramadan. Tanpa kawalan nafsu ketikamembeli boleh mengundang pembaziran dan memudaratkan kesihatan. Maka, amat penting setiap umat Islam untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat sepanjangbulan Ramadan supaya tidak menjejaskan produktiviti dan kualiti ibadah. Bagi individu-individu yang mempunyai penyakit kronik (seperti diabetes mellitus, kegagalan buahpinggang, hipertensi tidak terkawal, masalah jantung dll), mengandung serta menyusukan anak, merekaperlu menilai kemampuan mereka untuk berpuasa dan kebarangkalian untuk tergolong dalam kategorirukhsah (diberi keringanan untuk tidak berpuasa). Tetapi, jika golongan ini memilih untuk berpuasa juga, maka mereka perlulah merancang pengambilan pemakanan yang seimbang seiring dengan preskripsi pengubatan yang diberikan oleh doktor yang merawat.
Fields of Study & Subjects
Dietary Effects on Health
Nutrition
Health and Food Behavior
Halal products and consumer behavior
Publication details
- Journal / source
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Publication date
- 19 February 2026
- Language
- MS