MPP UiTM 2025/2026 santuni Ketua Pustakawan, perkukuh peranan mahasiswa memperkasa budaya ilmu

Read full text
Authors: Unit Korporat & Kolaborasi PTAR UiTM
Cited by: 0

Abstract

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sesi 2025/2026 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pustakawan UiTM bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam menyemarakkan budaya ilmu di kampus. Kunjungan yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM, Mohamad Adib Hazim, membincangkan penglibatan mahasiswa dalam program literasi maklumat, galakan membaca, wacana ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Ketua Pustakawan UiTM, Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, menegaskan peranan mahasiswa sebagai rakan strategik dan ejen perubahan dalam menghidupkan budaya ilmu, sejajar aspirasi universiti.

Fields of Study & Subjects

Educational Methods and Media Use Library Science and Information Literacy Literacy and Educational Practices

Publication details

Journal / source
UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
Publication date
1 January 2026
Language
EN