Sesi libat urus bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBrs. Prof. Dr. Yamin Yasin, sebagai platform strategik memperkukuh hala tuju akademik dan peranan perpustakaan dalam ekosistem pembelajaran universiti. Sesi yang berlangsung dalam suasana profesional dan konstruktif ini diketuai oleh Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, dengan fokus kepada perkongsian pandangan, penyelarasan inisiatif akademik serta pengukuhan sokongan perpustakaan terhadap agenda kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan antarabangsa UiTM. Melalui sesi libat urus ini, pelbagai input bernilai telah dibincangkan merangkumi peranan strategik perpustakaan sebagai pusat ilmu dinamik, pemudah cara pembelajaran digital serta rakan kolaborasi akademik yang relevan dan mampan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PTAR dalam mendukung aspirasi universiti ke arah kecemerlangan global dan transformasi pendidikan tinggi.
Fields of Study & Subjects
Library Science and Information
Library Science and Information Literacy
Web and Library Services
Publication details
- Journal / source
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Publication date
- 1 January 2026
- Language
- EN
- Document type
- Book