Mesyuarat pelaksanaan kajian indeks membaca warga universiti

Read full text
Authors: Unit Korporat & Kolaborasi PTAR UiTM
Cited by: 0

Abstract

Puncak Perdana – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Fakulti Sains Maklumat (FSM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan satu mesyuarat perbincangan berkaitan pelaksanaan Kajian Indeks Membaca Warga UiTM pada 7 Januari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sains Maklumat (FSM) UiTM, Profesor Madya Ts. Dr. Norhayati Hussin, dan turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Encik Ahmad Zuber, serta barisan pensyarah Fakulti Sains Maklumat dan pegawai Perpustakaan Tun Abdul Razak. Agenda utama mesyuarat adalah pembentangan cadangan pelaksanaan Kajian Indeks Membaca Warga UiTM yang telah dibentangkan oleh Encik Mohd Ismail Abidin. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap amalan membaca dalam kalangan warga universiti sebagai satu inisiatif strategik bagi menyokong pemerkasaan program Galakan Membaca, budaya ilmu dan pembangunan masyarakat berpengetahuan di UiTM. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan halatuju kajian, pembangunan profil pengguna, penetapan Terma Rujukan (TOR) membaca, serta potensi mendapatkan geran penyelidikan bagi menyokong pelaksanaan kajian ini secara berfasa dan berimpak tinggi. Hasil kajian ini dijangka dapat menyumbang kepada penjanaan pengetahuan baharu, menjadi asas kepada perancangan strategik perpustakaan dan universiti, serta menghasilkan satu Indeks Membaca Universiti yang boleh dijadikan penanda aras tahap Membaca dalam kalangan warga Universiti.

Fields of Study & Subjects

Literacy and Educational Practices Library Collection Development and Digital Resources Library Science and Information Literacy

Publication details

Journal / source
UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
Publication date
1 January 2026
Language
EN
Document type
Book