Lawatan penanda aras EKSA PTAR ke JAKESS perkukuh amalan terbaik sektor awam

Read full text
Authors: Unit Korporat & Kolaborasi PTAR UiTM
Cited by: 0

Abstract

Shah Alam, 16 Januari 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi melihat dan mempelajari amalan terbaik yang dilaksanakan oleh jabatan tersebut. Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS ini bertujuan memperkasa pelaksanaan EKSA melalui perkongsian pengalaman, pendekatan pengurusan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berkualiti yang diamalkan. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Penyelaras EKSA JAKESS, diikuti ucapan balas oleh Pengerusi EKSA PTAR. Program diteruskan dengan taklimat EKSA, sesi soal jawab serta lawatan ke ruang kerja terpilih bagi meninjau pelaksanaan EKSA secara praktikal. Lawatan ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada PTAR dalam memperkukuh tadbir urus, kecekapan organisasi dan penambahbaikan berterusan selaras dengan aspirasi sektor awam.

Fields of Study & Subjects

Public Administration in Developing Nations Public Policy and Administration Research Management and Organizational Practices

Publication details

Journal / source
UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
Publication date
1 January 2026
Language
EN
Document type
Book