Sakit-sakit badan di kalangan warga emas: adakah sakit biasa?
Abstract
Antara gejala utama yang seringkali diadukan oleh warga emas adalah gejala sakit-sakit badan. Mengikut kajian, ianya boleh merangkumi hampir 70% daripada gejala-gejala yang diadukan, iaitu antara yang terbanyak berbanding gejala-gejala lain di kalangan warga emas berusia 60 tahun dan keatas. Namun, adakah gejala ini sekadar gejala ringan yang boleh dianggap sebagai sakit-sakit biasa sahaja?Jawapannya adalah ya dan tidak. Ini kerana terdapat dua kumpulan punca yang menyebabkan gejala sakit-sakit badan ini. Yang pertama adalah faktor penuaan yang mana dikenali juga sebagai sarcopenia, di mana berlakunya penurunan mendadak jisim otot dan kekuatan sendi akibat faktor usia. Untuk golongan pertama ini, selalunya sakit-sakit badan tersebut bersifat ringan hingga sederhana, iaitu tidak terlalu tajam atau menusuk, lebih kepada rasa lenguh, sengal, atau kekakuan otot dan sendi. Ianya tidak mengganggu aktiviti harian secara ketara. Ianya berlaku selepas aktiviti berat, berjalan lama, atau berdiri terlalu lama, dan kebiasaanya berkurangan selepas berehat. Sekiranya kekakuan sendi berlaku, ianya hanyalah pada awal pagi dan berlaku dalam masa yang singkat. Kekakuan juga hanya melibatkan sendi besar atau kawasan bebanan seperti di lutut, pinggul, pinggang dan bahu. Pesakit juga tidak mengalami sebarang gejala lain. Inilah yang dikatakan sakit-sakit badan yang biasa.
Fields of Study & Subjects
Nutrition and Health in Aging
Aging
Health
and Disability
Musculoskeletal pain and rehabilitation
Publication details
- Journal / source
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Publication date
- 26 January 2026
- Language
- MS