Jaga kesihatan gigi di bulan Ramadan

Summarise with VIRAT
Authors: Mohd Haikal Muhamad Halil
Cited by: 0

Summary

No summary yet. VIRAT can read this paper and write a plain-language summary of its aim, methods, key findings and limitations.

Summarise with VIRAT Free to try with your Science Catalogs account.

Abstract

Ramadan mengubah corak pemakanan harian dan boleh mempengaruhi kesihatan mulut sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan baik. Pengambilan makanan manis dan minuman bergula yang meningkat ketika berbuka puasa, bersama pengurangan penghasilan air liur akibat dehidrasi semasa berpuasa, boleh meningkatkan risiko karies gigi dan penyakit gusi. Artikel ini menekankan kepentingan menjaga kebersihan mulut sepanjang bulan Ramadan serta menjelaskan salah faham yang sering timbul berkaitan rawatan pergigian ketika berpuasa. Prosedur seperti penskaleran gigi, tampalan gigi, rawatan saluran akar dan cabutan gigi tidak membatalkan puasa selagi bahan tidak ditelan secara sengaja. Dari perspektif fiqh Islam, prinsip menghilangkan kemudaratan (al-darar yuzal) dan objektif pemeliharaan nyawa (hifz al-nafs) menyokong keperluan mendapatkan rawatan pergigian apabila diperlukan. Oleh itu, menjaga kesihatan mulut perlu dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab agama di samping menghayati disiplin dan nilai yang dipupuk sepanjang Ramadan.

Fields of Study & Subjects

Medical Research and Islamic Perspectives Dental Health and Care Utilization Dietary Effects on Health

Publication details

Journal / source
The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
Publication date
26 February 2026
Language
MS